Wednesday, May 20, 2015

BENGKEL BELAJAR BIAR BETUL

Pada cuti sekolah yang lepas, sifoo telah mengadakan Bengkel Belajar Biar Betul. Sambutan hangat telah diperoleh daripada para peserta bengkel. Pelbagai teknik belajar telah diberi. Nampaknya peserta bengkel memberi tumpuan serius dalam bengkel. Terima kasih juga kepada pihak Karangkraf kerana memberi peluang kepada saya untuk berkongsi idea bersama umum. Semoga bengkel seperti ini akan diadakan lagi sebagai madah perisian ilmu belajar. Sifoo Sidee http://mudahbelajar.com

Monday, October 15, 2012

Saat Akhir Sebelum Peperiksaan SPM

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman bersama anda semua. Dua bulan sebelum peperiksaan saya tidak pernah lekang daripada buku dan nota. Kemana sahaja pergi, pasti buku di sisi. Ke tandas, ke rumah kawan dan berjalan-jalan, nota mesti di bawa. Nota ringkas ialah peneman baik saya. Sementara menunggu kawan dan bas, nota ringkas ini banyak memberi jasa. Nota ringkas sebagai teman terbaik saya. Menguatkan daya ingatan kita dan memberi keyakinan diri. Yakin diri amat penting dalam peperiksaan. Juga disebut confident. Bila dah yakin, kita tidak merasa takut lagi. Bila peperiksaan sebenar, soalan dapat dijawab dengan tenang. Soalah spot amat bahaya. Jika tidak keluar, perasaan frust akan timbul. Ini akan memberi kesan kepada diri kita. Jadi jangan spot soalan dan baca itu aje. Jika tak keluar amat padah sekali. Sekali lagi mulakan dengan apa yang kita tidak faham dan jelas. Sila rujuk dengan kawan dan guru jika masih tak faham......Selamat menduduki pepeiksaan yang akan tinggal dalam beberapa minggu lagi.......Selamat berjaya

Friday, October 12, 2012

Tip Soalan SPM 2012 Perdagangan

Di sini saya ingin memberi tip kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM 2012, Antara soalan yang akan keluar ialah, Kertas 2, Soalan 1 - soalan akan keluar ialah Asas kepada perdagangan dan unsur perdagangan Soalan 2 - Perniagaan dalam negeri, perniagaan antarabangsa Soalan 3 - IKS, pemilikan perniagaan dan pelaburan Soalan 4 - Bantuan perniagaan dan campur Soalan 5 - Bantuan perniagaan dan campur Soalan 6 - Campur-campur Sekian, terima kasih. Selamat belajar.

Monday, February 6, 2012

Gunakan Masa Cuti Untuk Belajar

Lamanya cuti. Cuti Maulidur Rasul dan Thaipusam. Rasa seronoknya. Lepas cuti tahun baru Cina, cuti mendatang lagi. Tak habis-habis cuti. Malaysia kaya dengan cuti.

Gunakan masa cuti dengan perkara berfaedah. Di samping berseronok balik kampung, jangan lupa terus pelajaran. Gunakan masa yang ada untuk membaiki kelemahan yang ada. Subjek apa yang belum anda kuasai.

Letakkan keutamaan terhadap mata pelajaran yang anda lemah. Cuba perbaiki daripada sekarang. Kaji di mana kesilapan anda. Kenapa anda masih gagal.

Setiap kelemahan mesti ada cara penyelesaiannya. Jika anda lemah dalam Matematik, perbanyakkan latih tubi. Jika lemah dalam subjek pembacaan, cari satu kaedah supaya anda mudah mengingat.

Subjek pembacaan memerlukan anda mencari output. Output di sini bermaksud mengeluarkan balik apa yang dibaca.

Di sini dulu nasihat Sifoo untuk anda semua.

Selamat belajar dan bercuti.

http://mudahbelajar.com