Saturday, December 17, 2011

Latihan Cuti Sekolah

Masa cuti sekolah ini jangan buang masa. Latihan perlu dibuat. Bagi mengisi masa cuti sekolah ini, cuba buat latihan ini.

1. Huraikan maksud
a. Keperluan (3m)
b. Kehendak (3m)

2. Huraikan Hierarki Keperluan Maslow. (9m)

3. Nyatakan perbezaan antara keperluan dengan kehendak. (6m)

4. Terangkan maksud pengkhususan. (3m)

5. Terangkan 3 jenis pengkhususan. (6m)

Antara Keperluan Dan Kehendak

Pelajar tahu tak maksud keperluan dan kehendak?

Keperluan ialah kepentingan asas yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan hidup. Ianya sama bagi semua manusia. Ia terbahagi dua iaitu keperluan asas dan keperluan keselamatan.

Contoh keperluan asas ialah makanan, pakaian dan tempat tinggal. Manakala keperluan keselamatan ialah perlindungan daripada ancaman bahaya dan jenayah. Kita perlukan bantuan Bomba dan Polis untuk melindungi kita.

Kehendak pula ialah keperluan untuk hidup lebih selesa dan mewah. Tidak semua orang dapat memenuhinya. Ianya terhad dan merupakan pelengkap kehidupan. Menunjukkan status seseorang.

Contoh kehendak ialah kereta mewah dan rumah banglo.

Blog Baru Untuk Pelajar Perdagangan SPM

Sifoo Sidee baru buka blog baru untuk pelajar Perdagangan. Manfaatkan blog ini untuk meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Perdagangan. Apa pun boleh dicapai. Kalau kata mahu, semua boleh jadi.

Jadikan blog ini sebagai jalan penyelesaian dalam mata pelajaran Perdagangan. Sifoo Sidee sanggup membantu anda semua.

Ceritakan masalah anda dalam blog ini. Sifoo Sidee akan membantu anda semua.

http://mudahbelajar.com