Monday, October 15, 2012

Saat Akhir Sebelum Peperiksaan SPM

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman bersama anda semua. Dua bulan sebelum peperiksaan saya tidak pernah lekang daripada buku dan nota. Kemana sahaja pergi, pasti buku di sisi. Ke tandas, ke rumah kawan dan berjalan-jalan, nota mesti di bawa. Nota ringkas ialah peneman baik saya. Sementara menunggu kawan dan bas, nota ringkas ini banyak memberi jasa. Nota ringkas sebagai teman terbaik saya. Menguatkan daya ingatan kita dan memberi keyakinan diri. Yakin diri amat penting dalam peperiksaan. Juga disebut confident. Bila dah yakin, kita tidak merasa takut lagi. Bila peperiksaan sebenar, soalan dapat dijawab dengan tenang. Soalah spot amat bahaya. Jika tidak keluar, perasaan frust akan timbul. Ini akan memberi kesan kepada diri kita. Jadi jangan spot soalan dan baca itu aje. Jika tak keluar amat padah sekali. Sekali lagi mulakan dengan apa yang kita tidak faham dan jelas. Sila rujuk dengan kawan dan guru jika masih tak faham......Selamat menduduki pepeiksaan yang akan tinggal dalam beberapa minggu lagi.......Selamat berjaya

Friday, October 12, 2012

Tip Soalan SPM 2012 Perdagangan

Di sini saya ingin memberi tip kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM 2012, Antara soalan yang akan keluar ialah, Kertas 2, Soalan 1 - soalan akan keluar ialah Asas kepada perdagangan dan unsur perdagangan Soalan 2 - Perniagaan dalam negeri, perniagaan antarabangsa Soalan 3 - IKS, pemilikan perniagaan dan pelaburan Soalan 4 - Bantuan perniagaan dan campur Soalan 5 - Bantuan perniagaan dan campur Soalan 6 - Campur-campur Sekian, terima kasih. Selamat belajar.

Monday, February 6, 2012

Gunakan Masa Cuti Untuk Belajar

Lamanya cuti. Cuti Maulidur Rasul dan Thaipusam. Rasa seronoknya. Lepas cuti tahun baru Cina, cuti mendatang lagi. Tak habis-habis cuti. Malaysia kaya dengan cuti.

Gunakan masa cuti dengan perkara berfaedah. Di samping berseronok balik kampung, jangan lupa terus pelajaran. Gunakan masa yang ada untuk membaiki kelemahan yang ada. Subjek apa yang belum anda kuasai.

Letakkan keutamaan terhadap mata pelajaran yang anda lemah. Cuba perbaiki daripada sekarang. Kaji di mana kesilapan anda. Kenapa anda masih gagal.

Setiap kelemahan mesti ada cara penyelesaiannya. Jika anda lemah dalam Matematik, perbanyakkan latih tubi. Jika lemah dalam subjek pembacaan, cari satu kaedah supaya anda mudah mengingat.

Subjek pembacaan memerlukan anda mencari output. Output di sini bermaksud mengeluarkan balik apa yang dibaca.

Di sini dulu nasihat Sifoo untuk anda semua.

Selamat belajar dan bercuti.

http://mudahbelajar.com

Monday, January 9, 2012

Hierarki Keperluan Maslow

Hierarki Keperluan Maslow terbahagi 3 tahap.

Tahap pertama ialah keperluan fisiologi. Keperluan fisilogi terbahagi 2 iaitu keprluan asas dan keselamtan. Keperluan asas ialah kepentingan asas yang diperlukan manusia untuk meneruskan hidup. Contoh, pakaian.

Keperluan keselamatan ialah perlindungan daripada ancaman bahaya seperti jenayah. Kita memerlukan bantuan polis dan tentera untuk menjaga keamanan negara.

Tahap kedua ialah keperluan sosial. Keperluan sosial terbahagi 2 iaitu keperluan kasih sayang dan keperluan penghargaan. Keperluan kasih sayang perasaan ingin disayangi oleh seseorang seperti kasih sayang ibu bapa dan adik beradik.

Keperluan penghargaan ialah keinginan mendapat penghargaan, penghormatan dan pengiktirafan. Contoh mendapat penghargaan pelajar cemerlang.

Tahap ketiga ialah keperluan rohani. Juga disebut keperluan sempurna kendiri. Ia merupakan keinginan untuk memenuhi hasrat diri, mencapai cita-cita dan memajukan diri. Contoh, menerima Ijazah.

Saturday, January 7, 2012

BAB PENTING SPM

Bagi calon SPM, di sini Sifoo ingin memberi tip belajar Perdagangan. Beri tumpuan pada bab-bab yang sering keluar dalam peperiksaan SPM.
Bab-bab yang pelajar perlu kuasai ialah ialah Asas Kepada Perdagangan, Unsur Perdagangan, Perniagaan dalam negeri dan Perniagaan antarabangsa. Soalan-soalan daripada bab ini sering tak terlepas keluar.

Di samping itu, pelajar perlu kuasai 6 bantuan perniagaan iaitu 4P 1K 1I (Perbankan, Promosi, Pergudangan, Pengangkutan, Komunikasi dan Insurans).

Penguasaan dalam bab-bab ini perlu dititikberatkan kerana soalan-saolan banyak keluar daripada tajuk ini.

Selamat belajar. Belajar awal supaya anda tidak mengelabah di saat akhir.

http://mudahbelajar.com