Monday, October 15, 2012

Saat Akhir Sebelum Peperiksaan SPM

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman bersama anda semua. Dua bulan sebelum peperiksaan saya tidak pernah lekang daripada buku dan nota. Kemana sahaja pergi, pasti buku di sisi. Ke tandas, ke rumah kawan dan berjalan-jalan, nota mesti di bawa. Nota ringkas ialah peneman baik saya. Sementara menunggu kawan dan bas, nota ringkas ini banyak memberi jasa. Nota ringkas sebagai teman terbaik saya. Menguatkan daya ingatan kita dan memberi keyakinan diri. Yakin diri amat penting dalam peperiksaan. Juga disebut confident. Bila dah yakin, kita tidak merasa takut lagi. Bila peperiksaan sebenar, soalan dapat dijawab dengan tenang. Soalah spot amat bahaya. Jika tidak keluar, perasaan frust akan timbul. Ini akan memberi kesan kepada diri kita. Jadi jangan spot soalan dan baca itu aje. Jika tak keluar amat padah sekali. Sekali lagi mulakan dengan apa yang kita tidak faham dan jelas. Sila rujuk dengan kawan dan guru jika masih tak faham......Selamat menduduki pepeiksaan yang akan tinggal dalam beberapa minggu lagi.......Selamat berjaya

No comments:

Post a Comment