Saturday, December 17, 2011

Antara Keperluan Dan Kehendak

Pelajar tahu tak maksud keperluan dan kehendak?

Keperluan ialah kepentingan asas yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan hidup. Ianya sama bagi semua manusia. Ia terbahagi dua iaitu keperluan asas dan keperluan keselamatan.

Contoh keperluan asas ialah makanan, pakaian dan tempat tinggal. Manakala keperluan keselamatan ialah perlindungan daripada ancaman bahaya dan jenayah. Kita perlukan bantuan Bomba dan Polis untuk melindungi kita.

Kehendak pula ialah keperluan untuk hidup lebih selesa dan mewah. Tidak semua orang dapat memenuhinya. Ianya terhad dan merupakan pelengkap kehidupan. Menunjukkan status seseorang.

Contoh kehendak ialah kereta mewah dan rumah banglo.

No comments:

Post a Comment